Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Kampung Pida 3 dan Pida 4 Baru itu kira-kira 15 minit kemudian daripada orang awam.
“Susulan hujan lebat serta puting beliung yang melanda Kubang Pasu, beberapa rumah telah terjejas dan mengalami kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, tindakan sedang diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas.
Menurut Mohd Adenin, pihak PKOD juga sedang mengumpul maklumat kejadian, butiran mangsa dan menasihatkan penduduk terlibat membuat laporan polis.
“Keadaan terkawal dan tiada mangsa cedera,” katanya dan menambah jumlah rumah terjejas masih belum diketahui. – Bernama