Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menjadi tetamu Keluar Sekejap

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai pasukan Kabinet yang bagus walaupun perdana menteri mahu melakukan yang terbaik untuk negara.

“Apa pendapat anda mengenai Anwar Ibrahim? Pada pandangan saya beliau harus melaksanakan lebih banyak keputusan yang telah dibuat.

“Saya tidak pasti dia mempunyai pasukan yang bagus atau tidak. Pada pendapat saya dia tidak mempunyai pasukan yang bagus.

“Pandangan saya, niat dia untuk melakukan sesuatu (untuk negara) itu ada. Sudah tentu dia mahu melakukan yang terbaik untuk negara. Tetapi saya merasakan dia perlu melaksanakannya,” kata Tunku Ismail.

Pandangan tersebut dilontarkan beliau ketika menjadi tetamu program Keluar Sekejap yang dihoskan secara bersama oleh Khairy Jamauddin dan Shahril Hamdan

Menurut Tunku Ismail, sebagai pemimpin utama, perdana menteri seharusnya lebih berani dalam membuat tindakan.

Namun katanya, Anwar mungkin mencari jalan selamat dengan tidak membuat keputusan yang boleh mendatangkan kebencian oleh anggota pentadbiran yang lain.

“Tak boleh jaga hati semua orang. Has to make decision what is best for this country (Harus membuat keputusan yang terbaik untuk negara).

And sometime if you are being hated (Dan kadang-kala jika kita dibenci), kita ini dibenci oleh kerana membuat keputusan yang baik untuk negara. Sometime you have to bite the bullet (Kadang-kala anda kena hadapi).

“….Saya rasa dia mungkin playing too safe…,” kata Tunku Ismail.

Sementara itu Khairy berkata, beliau memberi B- kepada 100 hari pentadbiran Anwar kerana Ahli Parlimen Tambun itu membuat permulaan namun tidak mempunyai perancangan yang jelas mengenai ekonomi.

Bagaimanapun Kerajaan ketika ini telah mempunyai pelbagai perancangan seperti Ekonomi Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Isu yang timbul adalah pelaksanaan tambahan Anwar kelihatan lambat bertindak termasuk melantik pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia beberapa bulan lalu. .

“Sekarang ini persoalan adalah execution. Tuanku pernah kata vision without execution is hallucination (visi tanpa pelaksanaan adalah halusinasi). Jadi jangan kita hallucination (halusinasi) sudah.

“Sekarang ini kita risau hallucinationlah, sebab dah sampai satu tahun Tuanku dan walaupun pelan sudah ada, halatuju sudah ada, visi sudah ada, perancangan sudah ada tetapi satu sudah tentu pasukan dia, sampai hari ini.

“Tuanku minta maaf kalau patik kata, nak ganti menteri pun belum lagi,” katanya.

Anwar seharusnya tidak menghadapi kesukaran membuat keputusan tambahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri telah diberi jaminan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong tahun depan.

Shahril pula berkata, Kabinet pimpinan Anwar hanya mementingkan tajuk utama di media dengan membuat pengumuman yang boleh disiarkan setiap minggu namun mengabaikan aspek pelaksanaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast