Istiadat Pengurniaan Darja-darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Pahang Darul Makmur berlangsung di Dewan Tun Razak, hari ini.

TEMERLOH – Seramai 198 individu menerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Hari Keputeraan Ke-64 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar, di Temerloh hari ini.

Istiadat pengurniaan  kebesaran itu disempurnakan  Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah di Dewan Tun Razak kira-kira jam 11 pagi tadi.

Seramai 14 penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat Di Mulia – Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 34 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 35 penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).

Manakala 38 penerima merupakan pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), 27 penerima Khidmat Cemerlang dan 32 lagi penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT).

Istiadat kurniaan dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pimpinan Exco kerajaan negeri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Saya cadangkan kepada Malaysia Gazette supaya mengemaskini berita yang ingin disiarkan dengan maklumat yang betul dan tepat.

Comments are closed.