KUALA LUMPUR – Polis memandang serius terhadap aktviti penjualan senjata tiruan atau senjata angin yang dijual berleluasa secara atas talian.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menegaskan, pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai kegusaran tentang urusan pembelian, penjualan dan pengedaran senjata itu.
Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan apa-apa perbuatan memiliki, membeli, menjual dan mengedarkan senjata api tiruan dan mereka yang didapati terlibat akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Kesalahan jika memiliki, menjual, membeli dan mengedar (senjata) tertakluk di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 iaitu mana-mana orang yang mengimport atau dalam miliknya atau jagaan suatu senjata tiruan, jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau dikenakan denda tidak menelbihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
“Manakala, bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Senjata 1960, lesen untuk import, seseorang tidak boleh menimport apa-apa senkata atau amunisi atau bahagian-bahagian senjata ke Malaysia (termasuk tiruan), sama ada dengan cara laut, darat atau udara termasuk secara atas talian, melainkan ia memgang suatu lesen untuk import.
“Jika disabitkan selahan, boleh dihukum di bawah Seksyen 23 (1) akta yang sama membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Hussein berkata, penggunaan senjata tiruan tanpa sah dilihat boleh mendatangkan kecederaan sehingga menyebabkan parah mahupun kematian.
Ujarnya, bagi kesalahan mengakibatkan cedera ia boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga 10 tahun atau denda dan sebatan.
Bagi kesalahan menyebabkan kederaan parah pula ia boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, katanya.
Manakala, kata beliau, bagi kesalahan mengakibatkan kematian ia boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati.
Dalam pada itu Hussein berkata, bagi kesalahan mencederakan binatang, pesalah berdepan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali dan disiasat di bawaj seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Bagi kesalahan membeli, menjual, memiliki dan mengedarkan apa-apa senjata berbaha selain daripada senjata api pula, ia boleh dipenjara untuk satu tempih tidak melebihi dua tahun dan sebatan dan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Tegasnya, pada tahun lepas, tindakan undang-undang telah diambil berhubung dengan satu kejadian melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan di Shah Alam dimana suspek dalam kes ini telah dituduh di bwah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan dihukum denda RM1,000. – MalaysiaGazette