Tiga tebusan wanita Israel mendakwa mereka dibiarkan untuk mati dibunuh.

TEL AVIV – Tebusan Israel yang diculik oleh tentera pembebaskan Palestin, Hamas mendakwa Perdana Menteri negara itu Benjamin Netanyahu semenangnya berniat untuk membiarkan mereka mati dibunuh.

Dalam satu klip yang tular di media sosial tiga wanita Israel tampil berkata, Netanyahu tidak melakukan sebarang usaha untuk membebaskan mereka walaupun sudah masuk hari ke-23 mereka ditahan.

“Kau nak bunuh kami, kau berniat nak bunuh kami. Kamu nak cari jalan untuk membunuh kami semua. Tak cukup kau bunuh setiap orang, tak cukup warga Israel yang terbunuh.

“Bebaskan kami, bebaskan kami sekarang. Bebaskan warganegara anda. Bebaskan semua tahanan.

“Kembalikan kami kepada keluarga. Sekarang! Sekarang!” kata seorang daripada tiga wanita terbabit dengan nada menjerit penuh kecewa.

Tebusan itu berkata, mereka mengetahui terdapat perjumpaan yang dilakukan oleh Netanyahu dengan keluarga mangsa yang diculik beberapa hari lepas.

Mereka juga sedar antara perbincangan yang dilakukan adalah supaya gencatan senjata dibuat antara Hamas dan tentera Israel bagi membebaskan semua tahanan.

Bagaimanapun selepas perjumpaan tersebut Netanyahu tidak mengambil sebarang langkah atau usaha untuk membebaskan mereka.

“Salom Benjamin Nentanyahu. Kami di Shevi, Hamas. Hari ke berapa sekarang? Hari ke-23. Kelmarin ada sidang media bersama dengan keluarga mangsa yang diculik.

“Kami tahu sepatutnya sudah ada gencatan senjata. Kau sepatutnya bebaskan kami semua. Kau harus bebaskan kami semua tapi sebaliknya kami diseret ke dalam permainan politik kau dan pasukan tentera.

“Kami warga negara yang tidak bersalah, yang membayar cukai kepada negara Israel kini dalam tawanan di Shevi,” katanya.

Wanita itu turut mendedahkan ketika mereka diculik oleh pejuang Hamas tidak ada satu pun tentera Israel yang berada di kawasan berhampiran.

“Disebabkan kekacauan yang kau cipta pada 7 Oktober, sebab tidak ada pasukan keselamatan di sana. Tidak ada siapa yang datang, tidak ada siapa yang mendengar kami,” katanya dalam bahasa Hebrew.

Media melaporkan Hamas telah menculik lebih 200 orang ketika serangan mengejut pada 7 Oktober lalu.

Beberapa tahanan telah dilepaskan termasuk dua wanita warga emas yang mengalami masalah kesihatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast