Rafah
Sempadan Rafah

RAFAH – Pintu sempadan antara Gaza dan Mesir di Rafah dibuka buat pertama kali untuk pergerakan manusia keluar dari wilayah bergolak itu sejak ia ditutup pada 7 Oktober selepas serangan mengejut Hamas ke atas Israel.

Beratus-ratus orang telah berkumpul di sebelah Gaza namun tidak dibenarkan keluar kerana perselisihan faham antara  kerajaan Mesir, Israel dan Hamas.

Bagaimanapun menurut Mirror, tidak ada sesiapa pun dibenarkan meninggalkan Gaza, kecuali empat tebusan yang dibebaskan Hamas.

Setiausaha Luar United Kingdom James Cleverly berkata: “Pasukan UK bersedia untuk membantu warga Britain sebaik sahaja mereka dibebaskan.

“Adalah penting bahawa bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa dapat memasuki Gaza secepat mungkin,” katanya.

Dalam perkongsian di X, Cleverly berkata lintasan Rafah mungkin dibuka untuk kumpulan pertama warga asing.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast