Visual menunjukan kereta kebal milik Israel musah dibedil

GAZA CITY – Pergerakan Pejuang Islam Hamas berkongsi klip video melakukan serangan ke atas kereta perisai milik tentera penceroboh Israel yang telah memasuki Gaza, Palestin.

Dalam video berdurasi dua minit itu, pejuang Hamas dilihat bergerak di dalam terowong yang digali dan memanjat ke atas untuk keluar daripada terowong yang terletak di sebuah kawasan yang lapang.

Mereka kemudiaan bersembunyi di celah-celah semak dan menyasarkan peluru berpandu anti-kereta kebal-jarak sederhana ke arah kereta perisai tentera penceroboh yang terletak kurang 200 meter.

Picu ditarik dan percubaan kali pertama itu tepat mengenai kereta kebal tentera Israel yang kemudiannya dilihat meletup.

Klip itu juga menunjukkan satu lagi percubaan dilokasi lain yang turut tepat mengenai kereta perisai tentera Israel yang terletak kurang dari 100 meter.

Rakaman video itu muncul ketika Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan bahawa berbelas anggota tenteranya terbunuh sejak operasi darat dilancarkan di Gaza.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 19 anggota penceroboh terbunuh selepas kereta perisai yang mereka naiki musnah dibedil senjata anti kereta kebal milik Hamas. – Agensi