KUALA LIPIS – Lima  Orang Asli yang dipercayai dalang sindiket air ketum ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pos Pantos, Kuala Medang, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mohd Noor berkata, serbuan itu membawa kepada rampasan 382 bungkusan air ketum serta pelbagai peralatan untuk memproses air ketum.

“Polis menyerbu rumah terbabit kira-kira jam 1.30 pagi tadi dan menahan lima lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum sejak tiga bulan lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Azli, suspek mengakui bekalan daun ketum diperoleh daripada seorang lelaki Orang Asli dikenali sebagai Bos dari Chenderong Balai, Perak yang mana ia diproses di Kampung Orang Asli Pos Pantos.

Tambahnya, setiap bungkusan plastik berisi satu liter air dan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,820.

“Kali terakhir mereka menerima bekalan daum ketum seberat 10 kilogram semalam,” katanya.

Menurut Azli, pihaknya percaya bekalan air ketum itu bagi pasaran di sekitar perkampungan Orang Asli di Daerah Lipis.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyes 30 (3) AR 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast