BUKIT MERTAJAM – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki selepas mengejarnya kira-kira lapan kilometer dari Kulim, Kedah ke Taman Bukit Indah di sini malam tadi.
Tembakan itu dilepaskan anggota kereta peronda polis (MPV) Kulim bagi mempertahankan diri susulan suspek lelaki berusia 24 tahun itu cuba merempuh kenderaan polis dalam kejadian kira-kira 9.15 malam.
Terdahulu, suspek yang mempunyai enam rekod lampau itu ditemui dalam keadaan mencurigakan berhampiran laluan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum anggota MPV memintanya memberhentikan kereta untuk pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, suspek memecut laju keretanya sehingga ke kawasan Bukit Mertajam sebelum nekad merempuh kereta polis susulan kawasan perumahan yang dimasuki itu merupakan jalan mati.
Susulan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan bahagian kanan kereta dinaiki suspek dan dia sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum diberkas.
Difahamkan, suspek dipercayai baru selesai mencuri lembu susulan penemuan peralatan bagi kegiatan tersebut dalam kereta jenis Proton Wira dinaikinya.
Malah semakan lanjut turut mendapati kereta yang dinaiki suspek itu dilaporkan hilang di Sungai Bakap pada hari sama.
Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan Polis Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Polis Daerah Kulim.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – MalaysiaGazette
Video Berkaitan
Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki selepas mengejarnya kira-kira lapan kilometer dari Kulim, Kedah ke Taman Bukit Indah di sini malam tadi.
Tembakan itu dilepaskan anggota kereta peronda polis (MPV) Kulim bagiā¦ pic.twitter.com/jCKmo2EtSE
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) November 3, 2023