Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang lelaki bagi siasatan hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan berbaur ugutan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pengendali akaun Twitter @syahmisufi8 beruia 28 tahun itu ditahan semalam.

Lelaki berkenaan ditahan reman selama tiga hari dan sebanyak empat laporan polis diterima mengenai kes yang sama.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Mohd Shuhaily, kes masih peringkat siasatan dan polis menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. – MalaysiaGazette