Sebuah kediaman di Bangi yang dinaiki air.

KUALA LUMPUR – Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Bangi ekoran banjir di kawasan itu.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, sudah ramai penduduk dipindahkan akibat banjir yang berlaku jam 4 pagi tadi.

“Banjir di Kampung Bangi. Ramai penduduk sudah keluar, tapi ada yang tidak mahu keluar.

“Apapun bomba dan pihak keselamatan telah digerakkan sejak pukul 4 pagi tadi. Info bahawa 2 PPS akan dibuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syahredzan Johan bersama anggota bomba meninjau banjir di Bangi.

Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.

Media melaporkan operasi memindahkan mangsa bermula jam 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.

Kawasan yang dilanda banjir adlaah di Jalan Semenyih Indah 16, Taman Semenyih Indah, Semenyih dan Kampung Bangi Lama, Bangi. – MalaysiaGazette