KUALA LUMPUR – Percubaan sistem pembayaran tol tanpa palang akan dimulakan tahun depan.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sehingga ini sistem tersebut masih di peringkat kajian.
“Sekarang dalam proses kajian (pembayaran tol tanpa palang), kita akan cuba pada 2024 penggunaan sistem tersebut secara pada kadar yang lebih sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Alor Star, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Perikatan Nasional) di Dewan Rakyat.
Jelas Abdul Rahman, sistem tersebut akan melibatkan teknologi pengecaman nombor kenderaan automatik (ANPR) dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) melalui sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Menurut beliau, pelaksanaan sistem tersebut bagi menambah baik mutu pengurusan lebuh raya, terutama daripada segi sistem kutipan tol supaya pengguna tidak perlu bersesak semasa membuat pembayaran.
Setakat ini, terdapat 416 lorong RFID di seluruh lebuh raya seluruh negara.-MalaysiaGazette