Seorang maut manakala lima cedera selepas kereta rempuh lori terlibat kerja penyengaraan jalan di Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Rawang dalam kejadian pagi tadi.- Gambar ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala lima lagi individu cedera selepas kemalangan melibatkan kereta bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 436.8 di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Utara berhampiran Rawang dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan awam memaklumkan mengenai insiden nahas itu lebih kurang 10.04 pagi tadi.

Bertindak maklumat itu, sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa telah bergegas ke lokasi kemalangan tersebut.

“Sejurus tiba di lokasi, siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Mazda 3 dengan sebuah lori bermuatan satu tan.

“Siasatan mendapati, semasa kejadian lori berkenaan sedang terlibat dalam kerja penyenggaran jalan di lokasi semasa kejadian.

“Ketika itu kereta berkenaan yang dipandu mangsa warga tempatan dipercayai hilang kawalan dan melanggar lori tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis lagi, akibat perlanggaran itu, pemandu Mazda 3 berusia 33 tahun, Chin Kian Hong tcedera dan tersepit di dalam tempat duduk pemandu dan keretanya yang remuk teruk di hadapan.

Katanya, anggota bomba kemudian bertindak memotong pintu kereta itu menggunakan peralatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan namun didapati sudah meninggal dunia.

“Manakala lima lagi mangsa merupakan pekerja penyenggaraan yang berada di dalam lori yang terdiri daripada empat warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 22 hingga 57 tahun turut tercedera dalam insiden tersebut.

“Kesemua mangsa termasuk seorang mangsa lelaki tempatan berusia 57 tahun yang mengadu sakit di dada dan sudah dirujuk kepada hospital berhampiran dengan menggunakan kenderaan awam untuk rawatan.

“Manakala mayat mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan si mati dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast