Foto Instagram Aaisyah Dhia Rana.

KUALA LUMPUR – Dramatis popular, Rozita Che Wan atau Che Ta naik marah apabila seorang individu melemparkan kata-kata negatif terhadap anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di media sosial.

Mempertahankan anaknya, Che Ta atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar, 50, menyerang balas individu tersebut dengan memberi amaran supaya tidak meninggalkan komen buruk terhadap anak orang lain.

Sebelum itu, individu tersebut meninggalkan komen pada salah satu hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.

Sebelum ini, Aaisyah sering menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.

Sementara itu, Aaisyah, 9, merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. – MalaysiaGazette