Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menjalankan tanggungjawab dengan  menggunakan sebaik mungkin pentas Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk menyuarakan isu Palestin, kata Perdana Menteri.

Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara perlu dibincangkan terlebih dahulu berkaitan perkara berkenaan.

“Kita akan bincangkan beberapa teman dan akan kita jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023).

Baru-baru ini, Anwar mengesahkan beliau akan menghadiri APEC yang akan berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Ujarnya, biar pun ada desakan supaya tidak menghadiri persidangan terbabit namun beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi.

Sebagai rekod, APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik yang mana tahun ini.

Ia akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 November ini. – MalaysiaGazette