FIRASAT Syeikh Ahmad Yaasin bahawa Israel akan lenyap pada tahun 2027 berdasarkan Istisfaf ( carian) dari al-Quran tentang kesesatan Bani Israel selama 40 tahun di pergurunan Sinai ketika ditemuramah wartawan Al- Jazeera pada tahun 1999. Ini diperakui oleh mantan Perdana Menteri Israel Ehud Barak berdasarkan artikelnya yang disiarkan oleh akhbar Yedioth Ahronoth pada tahun 2022 yang menyatakan kebimbangannya bahawa negara haram Israel akan berkubur sebelum ulang tahun ke-80 sejak penubuhannya pada tahun 1948. Ini disebut dalam laknah al-Aqdu at- Thamin.
Kesan Perang Ukraine dan Russia tahun 2021 yang memberi efek besar Perang Palestin – Israe|. Ini kerana perang Ukraine- Rusia adalah perang global antara dua kuasa besar dunia. Ia perang antara Rusia-Amerika dan sekutunya iaitu Eropah dan Nato. Hakikatnya Israel berdiri dengan pendanaan dari negara proksi. Umum tahu yang mendanai rejim ini adalah Eropah, Amerika dan Rusia. Keadaan ini semakin rumit untuk Israel kerana negara- negara yang dahulunya menjadi proksi ini bertelegah atas kepentingan global masing- masing. Pendirian Russia bersama China untuk menyokong Palestin memberi tekanan kepada Israel dan memanaskan suhu perang global Russia dan Amerika dan sekutunya.
Perang Israel-Palestin tidak dilihat sebagai perang Israel-Hamas tetapi adalah perang pembelaan kepada pencabulan hak dan kekejaman. Perang pro keadilan & kemanusian vs anti kemanusian. Kecanggihan teknologi, sebaran informasi menyebabkan berita yang berlaku di Gaza tersebar luar dan masyarakat dunia melihat kekejaman dan sifat kebinatangan Israel tanpa peri kemanusian terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Ia adalah peperangan antara pendukung pro-Palestin dan pro-Israel.
Sentimen di peringkat global yang anti Yahudi meningkat 1200 %. Ketika Holocaust Yahudi mendapat ihsan dunia namun dengan penghapusan bangsa ini simpati terhadap Palestin makin bertambah. Di mata orang Amerika punca krisis perang ini adalah disebabkan Yahudi. Dukungan kepada Palestin semakin meningkat tidak terhad pada demonstrasi tetapi kepada bentuk penghapusan etnik Yahudi di merata-rata tempat.
Krisis ekonomi global memberi kesan pembiayaan kewangan kepada Israel. Negara-negara Barat yang memiliki sumber dana yang besar khususnya Amerika tidak dapat menyediakan fasiliti sebagaimana sebelum ini. Krisis ekonomi dan kejatuhan nilai dolar USD beri impak kepada pembangunan Israel ketika berdepan perang dan pemulihan infra negara. Bagaimana Amerika hendak mendanai Israel dengan kos jutaan dolar yang meningkat dengan tempoh perang yang panjang sedangkan ekonomi mereka musnah.
Imbangan kekuatan Hamas berdepan ketenteraan Israel jauh kehadapan berbanding sebelum ini terutama aspek ketenteraan, perisikan dan tekonolgi. Peluncuran 5,000 roket dron kepada pos- pos tentera Israel dan penempatan Yahudi mengejutkan Israel dan di luar jangkaan mereka. Ini memalukan keupayaan ketenteraan Israel yang mendapat pembiayaan dana yang besar. Hamas tampil dengan persediaan jauh lebih baik dari sebelum ini. Meskipun serangan darat Israel dilancarkan namun ia tidak akan mampu mengalahkan Hamas kerana ia akan mengambil masa lebih lama. Daya tahan perang ini lebih memihak pada Hamas yang lebih berpengalaman kerana pernah melalui masa- masa sukar berbanding Israel. Kajian risikan menyatakan jika perang darat berterusan, Israel tidak mampu menguasai Gaza.
Psikologi Israel yang semakin menurun berbanding rakyat Palestin. Pengalaman Nakbah 1 mengajar rakyat Palestin tentang nilai dan harga sebuah perjuangan. Kini rakyat Palestin bersama Hamas dan ia menjadi ideologi mereka. Meskipun wajah-wajah anak- anak Gaza dipertontonkan supaya orang marah pada Hamas. Namun sebaliknya rakyat Palestin menyambut, kekal bertahan dan teruskan jihad. Hatta video menunjukkan psikolagi tentera Israel yang menyalahkan pemimpin mereka dan menerima hentaman kuat. Ini persis perang Vietnam – Amerika. Lagi lama tempoh masa, tahap daya tahan Hamas ini meskipun angka kematian meningkat, penghujungnya adalah kemenangan dan kemerdekaan dan Israel tewas. Ali Izzat Izerbegovic bekas Presiden Bosnia ketika ditanya masa depan Bosnia. Beliau menjawab “ yang akan menang ialah yang paling lama bertahan”.
Sejarah menunjukkan yang memerdekakan Palestin ialah Saidina Umar al- Khattab yang bukan orang Palestin, bangsa Quraish. Begitu juga Sallehudin al-Ayyubi dari Iraq. Pejuang Hamas menjadi barisan hadapan kepada rakyat Palestin dan membakar api di sana. Insya Allah api itu akan merebak ke luar membakar jiwa- jiwa umat untuk membebaskan Palestin dan menamatkan penjajahan Yahudi.
Mohd Azizee Hasan
Presiden iGuru