KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu yang meraikannya.
Baginda berdua berharap pesta cahaya kali ini dapat disambut dalam suasana yang harmoni, hormat menghormati dan bersatu padu.
“Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali akan terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran yang mendatang,” titah baginda yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette