BALING – Pelajar tingkatan dua maut digilis lori dalam kejadian di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di sini, hari ini.
Kejadian jam 1.50 tengah hari itu mengakibatkan remaja lelaki berusia 14 tahun itu maut di lokasi akibat mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu yang didapati cuai semasa keluar simpang sebelum bergesel dengan belakang sebelah kiri lori 10 tan.
“Penunggang kemudian terjatuh ke atas jalan dan kepalanya digilis tayar belakang sebelah kiri lori yang datang dari arah Gerik menghala ke Kulim itu.
“Penunggang mengalami cedera parah pada kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian
“Manakala pemandu lori lelaki berusia 31 tahun dan penumpang wanita berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Tambah beliau, siasatan mendapati mangsa tidak memakai topi keledar ketika menunggang, selain cukai jalan motosikal berkenaan telah tamat tempoh sejak September 2001.
“Mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette
Baru puas hati ibu bapa remaja itu selagi kecelakaan tidak menimpa anak mereka..sekiranya larangan dan penguatkuasaan dijalankan untuk menjamin keselamatan dijalan raya, selagi itu pihak penguatkuasa akan dibenci kerana menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan kesalahan. Sekarang kejadian ini anggaplah sebagai pengajaran buat semua.
SETUJU!!!!!!
nyusah semua orang
Mangsa berusia 14 tahun. Sudah tentu tiada lesen memandu. Siasatan polis sepatutnya diikuti dengan tindakan untuk pencegahan. Jika tidak kita tunggu jelah cerita ini berulang
Tak Pa Lah.. kan masih boleh buat lagi.. kalau kira ini Kes Bunuh Diri…