Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan berhubung video tular memaparkan rakaman perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang pegawainya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada Bernama.

Hussein berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi dekat Kuala Lumpur, semalam mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast