Permuda Armada selesai membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung penularan video berkaitan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Profesor Mohamad Agus Yusof

KUALA LUMPUR – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menggesa polis menjalankan siasatan segera berhubung video lucah membabitkan bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Penolong Setiausaha Armada Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad berkata, siasatan segera perlu memandangkan Agus sendiri menyatakan ketulenan rakaman yang tersebar itu.

Katanya, penjelasan yang dibuat oleh Agus memudahkan kerja pihak berkuasa dalam mencari kebenaran terhadap penafian yang dibuat pada sidang medianya malam tadi.

“Kedua-dua pihak iaitu Datuk Dr Mohammad Agus Yusof mantan Pengarah J-Kom dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani, Penolong Pegawai di J-Kom merangkap Naib Angkatan Muda Keadlilan (AMK) Hulu Langat mengakui bahawa video tersebut adalah tulen, namun suara dalam video tersebut dipalsukan.

“Perakam video Abdul Wahab semalam dengan jelas mengatakan bahawa salinan original video ini terdapat pada seorang yang digelar dengan panggilan Mr. H.

“Armada Bersatu berpendirian bahawa perkara ini memudahkan kerja polis kerana video tersebut dipastikan tulen dan hanya perlu mendapatkan salinan original dari Mr. H untuk dipastikan bahawa suara tersebut diedit atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dan Wangi, di sini berhubung perkara tersebut.

Semalam Mohammad Agus dalam sidang medianya berkata, beliau diperangkap ekoran penularan videonya dengan Abdul Wahab.

Jelasnya, video yang tular semalam didakwa disunting dengan tujuan untuk menjatuhkan imejnya.

Oleh yang demikian, Agus berkata, pihaknya telah membuat satu laporan polis petang tadi di Kajang.

Malah, beliau akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video yang sama.

Dalam pada itu menurut Muhammad Faiz, perbuatan atau perbualan mengajak seseorang melakjukan seks luar tabiee adalah satu jenayah di Malaysia sama ada di bawah kanun keseksaan atau jenayah syariah.

Ujarnya, perbuatan itu juga adalah satu perbuatan yang jelik dan melanggar kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia.

Tegasnya, Armada Bersatu memandang serius lantikan politik di dalam J-Kom rentetan dari skandal seks itu yang mana didapati terdapat dua individu yang dipastikan daripada UMNO dan PKR mendapat lantikan di dalam J-Kom dengan salah seorang daripadanya memegang jawatan sebagai Pegawai Zon Timur J-Kom.

Ujarnya, perkara berkenaan harus dipandang serius dan perlu dilihat sama ada pelantikan itu berdasarkan merit atau sekadar kenalan “makan gajus dan buah semata-mata”.

Dalam pada itu Muhammad Faiz berkata, hasil mesyuarat kepimpinan Tertinggi Armada Bersatu semalam merasakan, kerajaan kini tidak efektif dalam menyelesaikan isu-isu pokok berkaitan permasalah rakyat kerana lebih fokus kepada isu remeh dalam menarik perhatian rakyat.

Tambahnya, Ketua Armada Nasional  yang juga Ahli Parlimen Machang,Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut memandang serius perkara itu akan membangkitkan isu berkenaan di Parlimen nanti. РMalaysiaGazette