Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan simulasi pemindahan mangsa banjir di Pusat Pemindahan TTetap di Maran hari ini.

MARAN – Pusat Pemindahan Tetap (PPT) di Kampung Luit, Maran merupakan pusat pemindahan tetap pertama dibina di Malaysia kini bersedia beroperasi pada bila-bila masa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pusat yang menelan kos hampir RM680,000 itu mampu menempatkan 24 buah keluarga dalam satu-satu masa ketika musim bencana.

Selain Maran, kerajaan negeri membina lima PPT di daerah Kuantan, Pekan, Temerloh dan Lipis dengan peruntukan sebanyak RM31  juta.

”Pusat Pemindahan Tetap di daerah Maran telah mula beroperasi, manakala empat buah PPT lagi masih dalam proses pembinaan.

”PPT di Maran ini bukan sahaja pertama dibina di Pahang malahan di Malaysia,” katanya ketika berucap pada program Perasmian Pusat Pemindahan Tetap (PPT) Pertama di Malaysia, bertempat di Kampung Luit, Maran.

Pusat Pemindahan Tetap Kampung Luit terletak di Maran, Pahang

PPT terletak di atas bukit itu dilengkapi kemudahan ruang memasak, lapan bilik air dan stor, juga ruangan aktiviti untuk kanak-kanak.

Pusat Pemindahan Tetap Kampung Luit terletak di Maran, PahangWan Rosdy menasihati agar mengsa banjir yang telah berpindah ke pusat pemindahan supaya mematuhi arahan pihak pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengutamakan aspek keselamatan diri.

Langkah-langkah itu  bagi mengelakkan kes tidak diingini seperti mangsa terkandas atau insiden berbahaya ketika musim bencana banjir semasa pulang menjenguk kediaman masing-masing.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Pahang membuat persiapan bekalan keperluan dan makanan kepada mangsa banjir di negeri ini

”Mereka yang berpindah di pusat janganlah pulang ke rumah masing-masing setelah berdaftar hanya untuk melihat keadaan rumah. Sebaliknya fikirkan nyawa dahulu berbanding harta benda,” katanya.

Sementara itu Datuk Seri Wan Rosdy berkata, semua bantuan dan bekalan telah di hantar ke 159 pengkalan hadapan di seluruh Pahang.

Manakala 856 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan balai raya, sekolah, masjid dan surau kini telah bersedia untuk menerima penduduk terjejas banjir. – MalaysiaGazette