Gambar hiasan.

GERIK – Polis menahan tujuh lelaki berusia 13 hingga 31 tahun selepas didpercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Enam daripada suspek tersebut adalah adik-beradik.

Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood dalam kenyataanya berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa selepas diberitahu oleh suaminya.

Kejadian itu pula disaksikan oleh adil lelaki mangsa yang berusia sembilan tahun.

Dalam laporannya, wanita itu mendakwa anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek yang juga kenalan kepada abang mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira 2 petang 3 November lalu dengan ia disaksikan adik lelaki mangsa yang melihat tujuh suspek itu merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan di Kampung Pahat Luar Gerik.

“Saksi juga memberitahu dia ada melihat kejadian sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku.

Zulkifli berkata, mangsa tidak bersekolah.

Katanya, semua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kira-kira jam 1.51 pagi semalam.

Tambah beliau, saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek berkenaan bebas pengaruh dadah.

Zulkifli berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 27 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast