KUALA LUMPUR – KJTS Group Berhad (KJTS), penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura menerima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).

Menerusi penyenaraian itu KJTS menawarkan sejumlah kira-kira 218.03 juta saham biasa baharu, mewakili 31.69% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 688 juta saham biasa, dalam tawaran awam permulaan (IPO) akan datang.

Menurut draf prospektus KJTS yang disiarkan di laman web Bursa Malaysia Berhad, penyenaraian itu melibatkan IPO kira-kira 218.03 juta saham biasa baharu atau 31.69% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan tanpa tawaran untuk dijual.

Saham biasa baharu akan ditawarkan mengikut pecahan tawaran runcit 49.40 juta saham biasa baharu, mewakili 7.18% daripada saham terbitan yang diperbesarkan.

Sebanyak 34.40 juta saham biasa baharu untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui pengundian, yang mana 17.20 juta saham biasa baharu (mewakili 2.50% daripada saham terbitan yang diperbesarkan) dikhaskan untuk permohonan oleh pelabur Bumiputera termasuk individu, syarikat, persatuan, koperasi dan institusi.

Sejumlah 15.00 juta saham biasa baharu dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah, pengurusan kanan utama yang layak, pekerja yang layak dan orang yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

Manakala tawaran institusi kira-kira 168.63 juta saham biasa baharu mewakili 24.51% daripada saham terbitan yang diperbesarkan kepada pelabur institusi dan terpilih.

Pengarah Urusan Kumpulan KJTS, Lee Kok Choon berkata, kelulusan IPO di Pasaran ACE merupakan langkah penting dalam meningkatkan profil syarikat dan meluaskan lagi jangkauan pasaran ke seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand.

“IPO juga membuka pintu kepada pasaran modal, membolehkan kami mendapatkan pembiayaan untuk fasa pertumbuhan dan pengembangan kami yang seterusnya, terutamanya dalam segmen tenaga penyejuk,” katanya.

KC Lee seterusnya menambah, dana yang diperoleh akan menyumbang dengan ketara kepada pelan strategik syarikat, termasuk pengembangan segmen tenaga penyejuk kami di Malaysia dan kehadiran operasi kami di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Langkah ini sejajar dengan visi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai penyedia terkemuka dalam industri perkhidmatan sokongan
bangunan.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal.

Sejak tahun 1984, Kumpulan KJTS telah berkembang dengan ketara dengan kepimpinan pasukan pengurusan semasa Kumpulan telah memainkan peranan penting dalam membentuk pertumbuhan Kumpulan KJTS.

Hari ini, operasi Kumpulan KJTS meluas ke seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand.

Kepakaran teras syarikat terletak dalam menyampaikan perkhidmatan tenaga penyejuk, pembersihan dan pengurusan fasiliti termasuk rangkaian komprehensif perkhidmatan tenaga penyejukan yang termasuk pengurusan dan kejuruteraan tenaga penyejukan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan perkhidmatan sistem tenaga penyejukan.

Di samping itu, perkhidmatan pembersihan am dan khusus, serta perkhidmatan FM yang meliputi pembaikan dan penyelenggaraan mekanikal. dan mesin dan peralatan elektrik, utiliti proses, dan makanan dan minuman serta peralatan kedai runcit. – MalaysiaGazette