Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan untuk mengurangkan hukuman penjara hayat seorang lelaki kepada maksimum 40 tahun penjara atas kesalahan membunuh seorang pelajar sekolah perempuan 30 tahun lepas.

Media melaporkan tiga panel hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Zabariah Yusof memerintahkan tempoh hukuman penjara perayu, John Nyumbei bermula pada 18 Mac 1993 iaitu tarikh pesalah ditahan dan lelaki itu yang kini berusia 57 tahun dibebaskan setelah menjalani hukuman satu pertiga daripadanya.

Difahamkan tertuduh telah memfailkan permohonan di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat terhadap hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

Nyumbei telah dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 4 April 1997 sebelum Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman sama.

Bagaimanapun hukuman itu ditukar kepada penjara sepanjang hayat oleh Lembaga Pengampunan pada 15 Februari 2016.

Tertuduh didakwa bersalah membunuh mangsa, Jong Liu Chin yang berusia 18 tahun ketika itu di Bau antara 5.30 pagi dan 7 pagi dan polis menemui mayat tanpa kepala dengan pakaian seragam sekolah dengan tanda nama.

Tertuduh juga didakwa bertindak melakukan hubungan seks dengan mayat budak perempuan itu Sebuku, Bau, Sarawak pada 16 Mac 1993.

Tertuduh berjaya ditahan pada dua hari kemudian yang turut membawa kepada penemuan tengkorak mangsa yang kemudian disahkan oleh seorang pakar forensik dan antropologi fizikal Universiti Tokyo, Masatsugu Hashimoto.

Difahamkan juga ketika prosiding, tertuduh tidak berjaya menyakinkan mahkamah dirinya berada dalam keadaan tidak waras selain pengakuan membunuh pelajar itu sebelum bertindak melakukan hubungan seks dengan mayat mangsa.

Tertuduh juga mengaku telah memenggal kepala sebelum menyiat kulit kepala sebelum mangsa dibuang ke dalam hutan di Bau ketika itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast