Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tdak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menceroboh atau membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  melalui perairan negara tanpa kebenaran yang sah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya tegas bagi memastikan tiada sebarang aktiviti berkenaan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, Maritim Malaysia komited mengekalkan keselamatan negara daripada ancaman terbabit dengan mengambil tindakan tegas serta terancang bagi memastikan keselamatan perairan negara terjaga.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan khususnya di kawasan sempadan perairan negara selain memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Ini termasuk pihak berkuasa tempatan serta pihak berkuasa negara jiran untuk memantau dan mengawal pergerakan yang mencurigakan daripada memasuki ke Zon Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia

Untuk rekod, sepanjang tahun 2022, Maritim Malaysia telah berjaya menghalang 51 kes cubaan membawa masuk 413 PATI ke negara ini.

Manakala bermula Januari 2023 sehingga hujung minggu lalu, Maritim Malaysia telah berjaya mematahkan 74 kes cubaan membawa masuk seramai 277 PATI ke negara ini dengan terbanyak adalah dari Indonesia dengan 104 orang.

Berdasarkan kepada data berkenaan, ia jelas menunjukkan kesiapsiagaan Maritim Malaysia berada pada tahap yang optimum dan terbaik dalam memastikan perairan negara selamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast