Tag: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Maritim Malaysia tahan dua bot langgar Akta Perikanan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu menahan dua vesel nelayan tempatan selepas dikesan melanggar Akta Perikanan dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan pada 4 hingga 14 Ogos lalu.
Maritim Sabah tahan vesel nelayan di perairan Pulau Gaya
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) bersama sembilan kru termasuk tekong di perairan sekitar Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Isnin lalu.
Cubaan seludup petrol, diesel bersubsidi di Pulau Ketam gagal – APMM
Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar 19 tong petrol dan 15 tong diesel bersubsidi ke negara jiran dalam satu operasi berhampiran Pulau Ketam, pagi semalam.
Langgar syarat lesen, dua vesel pukat jerut bilis ditahan
Dua vesel ditahan secara berasingan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu semalam kerana melanggar syarat lesen perikanan.
Dua warga Indonesia gagal bolos perairan negara
Pemeriksaan lanjut tidak menemui kru di atas bot, namun pencarian di kawasan sekitar berjaya menemukan dua lelaki Indonesia berusia 22 dan 33 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.
Pempengaruh ditahan selepas bawa kereta atas platform terapung
Hamiludin berkata, sebuah bot penumpang telah digunakan untuk menunda platform berkenaan yang turut membawa sebuah kereta, manakala sebuah lagi bot bertindak sebagai pengiring.
Kapal persiaran bawa 39 penumpang tanpa lesen ditahan di Langkawi
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, kapal terbabit ditahan kira-kira jam 6 petang ketika sedang menjalankan aktiviti rekreasi air pada kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika barat dari pulau berkenaan.
Tekong Thailand dikhuatiri hilang selepas bot karam dipukul ribut
Mangsa, Wongnguan Supot dipercayai sempat menghubungi sebuah bot berhampiran untuk memaklumkan botnya telah bersauh.
Lima kru nelayan warga asing tanpa permit dicekup
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu, sebuah vesel nelayan kelas C yang berpangkalan di Tanjung Gemok dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 13 batu nautika dari muara Kemaman ketika rondaan rutin Op IMAN dijalankan.
Bot penumpang bawa muatan berlebihan ditahan Maritim Selangor
Hasil pemeriksaan mendapati, bilangan penumpang dibawa melebihi had sah yang ditetapkan, sekali gus melanggar syarat lesen sah bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.
















