Bot bawa penumpang berlebihan ditahan Maritim Selangor. Foto Maritim Selangor

KUALA LUMPUR – Sebuah bot penumpang yang membawa muatan berlebihan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menerusi Op Ehsan/Op Tiris 3.0, semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot itu dikesan membawa seramai 40 penumpang dan ditahan sekitar jam 5.30 petang di sekitar 0.2 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

Katanya, bot terbabit dalam perjalanan dari Jeti Pelabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam dikendalikan oleh seorang nakhoda serta seorang kru warga tempatan berusia 23 dan 26 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bilangan penumpang dibawa melebihi had sah yang ditetapkan, sekali gus melanggar syarat lesen sah bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Bot terbabit bersama nakhoda dan kru telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bot bawa penumpang berlebihan ditahan Maritim Selangor. Foto Maritim Selangor

Tambah beliau, Maritim Malaysia memberi peringatan keras bahawa tindakan mengabaikan aspek keselamatan termasuk membawa penumpang melebihi kapasiti, bukan saja satu kesalahan undang-undang tetapi juga boleh mengorbankan nyawa sekiranya berlaku kecemasan di laut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan kejadian kecemasan di laut digesa menghubungi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Maritim Selangor (013-6606652) atau Pusat Operasi Maritim Malaysia (03-89957820) untuk tindakan segera,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast