Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail mengesahkan penahanan dua pengarah Mandiri Centre Sdn. Bhd., semalam bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Katanya, kedua-dua individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu ditahan di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jalan Tun Razak, di sini, jam 3.53 petang.

Menurut beliau, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) pada 10 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/09/14/akaun-kami-diaudit-ada-bukti-wang-keluar-masuk-mandiri-hayat/

Ia susulan satu laporan polis yang dibuat berdasarkan hasil semakan terhadap Mandiri Centre berhubung penerimaan dana yang disyaki hasil daripada aktiviti haram bagi tempoh tahun 2024 hingga 2026.

“PDRM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh dengan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini.

“termasuk dalam aspek penyimpanan, pemindahan, penggunaan serta kemasukan atau pengeluaran wang yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan. -MalaysiaGzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here