Dapur restoran tersebut musnah 20 peratus akibat kebakaran.

GEORGE TOWN – Seorang tukang masak dan pekerja melecur tahap satu dalam kebakaran sebuah restoran di Tingkat Mahsuri, Bayan Baru di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 12.19 tengah hari.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi pukul 12.26 tengah hari, kira-kira tujuh minit selepas menerima panggilan.

“Kejadian membabitkan sebuah restoran jenis kekal Kelas A dengan kebakaran berlaku di bahagian dapur.

“Kebakaran terlebih dahulu dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dua mangsa terdiri daripada adik-beradik dilaporkan mengalami melecur tahap satu dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an melecur di bahagian kaki, manakala seorang lagi mangsa wanita berusia 47 tahun mengalami melecur di bahagian tangan.

Kedua-dua mangsa merupakan tukang masak dan pekerja di restoran berkenaan yang disewa mereka.

“Komander Operasi melakukan size up sebelum kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan keselamatan persekitaran.

“Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan sebanyak 20 peratus dan operasi ditamatkan pada jam 1.21 petang,” katanya.

Tambah John Sagun, kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran  untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here