GEORGE TOWN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini sebulat suara meluluskan usul menyatakan solidariti untuk rakyat Palestin atas kekejaman dan kezaliman zionis Israel.

Usul yang dikemukakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui tanpa bahas.

Kon Yeow berkata, pembentangan itu berdasarkan Peraturan 34 (viii) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

“Saya tidak bercadang untuk menambah lebih banyak memandangkan ucapan perasmian Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Jumaat lalu telah mewakili pendirian kerajaan negeri.

“Selain itu, ramai Ahli Dewan Undangan Negeri turut bahas sebelum ini membabitkan isu Palestin serta Exco-Exco kerajaan negeri turut menunjukkan pendirian tegas terhadap kekejaman dan kezaliman yang dihadapi rakyat Palestin,” katanya.

Pada 17 November lalu, Ahmad Fuzi menggesa semua tindakan keganasan, pembunuhan dan kezaliman yang berlaku ke atas penduduk Palestin ditamatkan dengan segera.

Ahmad Fuzi berkata, konflik dan peperangan yang masih berterusan mengakibatkan penderitaan yang besar kepada rakyat Palestin khususnya kanak-kanak dan wanita. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast