Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berhubung kematian Orang Dalam Tahanan (OKT) dalam lokap di Kelantan pada 22 November lalu.

Pengarahnya, Komisioner Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu meninggal dunia semasa ditempatkan sementara dalam Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

“Si mati itu baru selesai sebutan kes di Mahkamah Majistret Pengkalan Chepa pada 22 November lalu dan menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap iaitu 5 Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada malam kejadian jam lebih kurang 7.42 malam tahanan terbabit telah mengadu sakit sebelum pihak hospital dihubungi segera untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa Kelantan telah hadir dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan individu itu sudah meninggal dunia.

Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 23 November lalu dan hasilnya mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan pada badan simati.

“ Justeru ujian pengesanan Covid-19 turut dijalankan ke atas mayat si mati dan keputusan menunjukkan negatif jangkitan.

“Punca kematian masih belum disahkan dan kes diklasifikasikan Masih Dalam Siasatan sementara menunggu keputusan Makmal.

“Dalam kes ini, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT),JIPS Bukit Aman akan meneruskan siastaan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Koroner untuk tindakan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast