MELAKA – Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) berasa kecewa dan terhina dengan kenyataan dilontarkan Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah pada liputan sidang media baru-baru ini.
PENDIKA dalam satu kenyataan malam ini berkata, tindakan Zainol yang menempelak wartawan bertentangan dengan sikap profesional yang sepatutnya ditonjolkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
PENDIKA mempunyai 45 ahli daripada pelbagai agensi berita seluruh negara di Melaka.
“Kami terpanggil memberi reaksi berkaitan kemelut ‘boikot-memboikot’ yang sedang berlaku antara pengamal media Melaka dan Ketua Polis Melaka.
“Reaksi ini rentetan PENDIKA menerima aduan daripada ahli yang berasa kecewa dan terhina dengan kenyataan dikeluarkan Zainol ketika sidang media bersama beliau pada program Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout di Kampung Chetti, 7 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurutnya, sidang media yang berlangsung tenang dengan pelbagai soalan berkisarkan program pada kira- kira-kira lapan minit pertama tiba-tiba bertukar tegang.
“Beliau menempelak wartawan yang bertanyakan soalan berkaitan statistik jenayah di Melaka sedangkan soalan berada dalam skop pengetahuannya untuk menjadi berita kedua selain laporan program.
“Namun, jawapan dan reaksi yang diterima daripada Zainol dilihat sengaja merendah-rendahkan kredibiliti wartawan yang berada di lokasi yang rata-ratanya sudah berkhidmat lebih sedekad dalam bidang media arus perdana di Melaka,” tambahnya.
Jelas PENDIKA, selepas meneliti rakaman audio dan video yang disertakan, persatuan beranggapan reaksi sedemikian tidak sepatutnya dilontarkan secara terbuka.
“Rentetan kejadian itu, ada segelintir wartawan berpendirian untuk mengambil sikap berkecuali untuk menghadiri jemputan program sidang media seterusnya bersama Ketua Polis pada 21 November lalu.
“Isu menjadi semakin serius apabila Pegawai Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka mengambil tindakan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Jelasnya, pegawai berkenaan memilih membuat ‘group WhatsApp’ baharu bersama beberapa wartawan dipilih tanpa cuba mendapatkan penjelasan sebenar daripada individu yang ‘dihukum’,”
“Justeru, kami berharap isu ini dapat menemui titik keharmonian dengan cadangan pertemuan empat mata antara PENDIKA dan Ketua Polis Melaka dapat dilakukan segera,” katanya. – MalaysiaGazette
biar dia sendiri yg mintak berdamai sbb punca drpd dia…kalau asyik pihak wartawan je yg mintak berdamai…berlagak le dia…nanti bila dia perlukan bantuan wartawan atau org awam…nanti keluar le perkataan klise..org ramai dan wartawan perlu saling bantu membantu bersama polis…mmm
Hurm saya tahu tak semua pegawai atasan bersikap begitu…tapi kali ni tak sepatutnya beliau berbuat begitu pd pihak wartawan..kadang-kadang kami yang orang awam ni rasa kecewa dengan sesetengah pihak penguasa..kami assume pihak penguasa ni adalah contoh kepada kami jadi berharap keadaan dapat selesai secepat mungkin..yang atasan beringatlah bahawa kerja dan pangkat diatas dunia ni hanyalah sementara, selebihnya Allah akan nilai kita di akhirat..pesanan ni bukan hanya untuk orang-orang luar sahaja, tetapi pesanan ni untuk diri saya juga…
Sengaja meninggalkan KESAN kecelaruan kerana UCAPAN yang kurang cerdik. tak sepatutnya PERKARA ITU di ungkapkan oleh SEORANG yang berpangkat KETUA polis NEGERI . Selama ini kerja sama ATARA pihak polis Dan pengamal midea saya kira pengamal midea ini sangat beritika KETIKA membuat liputan terhadap sesuatu PERKARA YG BERLAKU.
Tapi apa yg dato kp ckp betul.. Nak tnya, tnya pasal event jela, sbb kalau tnya pasal lain, kang x keluar plak news pasal event tuh. ak sebagai pengamal media pn tgok very simple kenyataan dato kp.. Yang wartawan ni pun ak tau la sejenis problematik. no ethics at all.. Buat pulak kenytaan berita mcm ni, boleh tranish nama Polis Melaka. Harap Polis Melaka buat jer report ke atas si reza ni atas fake news. Video pun ada. Kita tgok la mcm mana. Ade ke tidak kene tempelak, ade ke tidak kene Hina. Lau xde report her fake news dgn tujuan nak menjatuhkan nama polis melaka. Malaysia gaztte kene la tanggungjawab.
Penjawat awam ni lupa, duit gaji mereka ni datang dari hasil cukai yang di bayar. Nak bercakap dengan pembayar cukai ni biarlah beradab. Be professional. Masing2 lupa diri lah tu.