GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini membentangkan Bajet 2023 dengan defisit sebanyak RM514.53 juta berbanding defisit tahun ini yang berjumlah RM467.12  juta.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jangkaan hasil tahun 2024 berjumlah RM533.08 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,047.60 juta, menjadikan defisit Bajet 2024 bertambah sebanyak RM47.41 juta.

“Perbelanjaan mengurus yang dicadangkan bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM1.047 billion menunjukkan peningkatan sebanyak RM58.13 juta berbanding tahun ini.

“Peningkatan perbelanjaan tahun 2024 berlaku disebabkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam mempergiat program-program yang berorientasikan rakyat selain mengimbangi keperluan projek-projek pembangunan negeri.

“Bagaimanapun anggaran defisit RM514.53 juta itu akan dibiayai daripada rizab kerajaan negeri termasuk Akaun Amanah Disatukan yang berbaki sebanyak RM1.67 bilion pada 15 November lalu,” katanya ketika membentangkan Bajet 2024 Pulau Pinang pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sejak 2011 Kerajaan Negeri Pulau Pinang membentangkan bajet defisit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast