Mayat Muhammad Danish Mohd. Faizal ditemui terapung dalam pukul 9.30 pagi tadi.

MELAKA – Mayat Muhammad Danish Mohd. Faizal, 2, yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang Taman Goodwood, Bukit Palah, di sini semalam ditemui terapung dalam pukul 9.30 pagi tadi.

Mangsa ditemui di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka oleh orang awam, kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi kejadian 3.25 petang semalam

Mayat telah dibawa naik oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut – MalaysiaGazette

‘Kalau lemas timbullah nak, ibu cuma nak Danish ada kubur’