Hampir 100 orang peserta melibatkan 30 buah bot nelayan yang menyertai konvoi Bot Solidariti Untuk Palestin anjuran komuniti nelayan darat Kampung Kuantan yang akan merentasi sungai sejauh 20 kilometer dari Jeti Bintara Kampung Kuantan sehingga Jambatan Kuala Selangor sambil mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas berterusan oleh rejim zionis Israel di Kuala Selangor.
Peserta berdoa sebelum memulakan konvoi Bot Solidariti Untuk Palestin dari Jeti Bintara Kampung Kuantan ke Jambatan Kuala Selangor tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas berterusan oleh rejim zionis Israel ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 27 NOVEMBER 2023.