Kamarul Zaman menunjukkan barang kes yang akan dilupuskan polis Johor dalam sidang media hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM5.43 juta bagi kes yang sudah selesai di didakwa di mahkamah bagi tempoh 2000 hingga tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia melibatkan 301.54 kilogram (kg)dan 1,562.60 liter pelbagai jenis dadah.

“Pecahan barang kes dadah yang dilupuskan melibatkan heroin seberat 10.42 kg, kanabis (28.38 kg); ketamine (15.04 kg), methamphetamine (8.03 kg), methylene methamphetamine (10.35 kg), daun ketum (235.43 kg) dan pelbagai jenis dadah lain (4.45 kg) serta 1,562.60 liter.

“Proses ini dilakukan di Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Kualiti Alam Sekitar Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Jelas beliau, proses berkenaan merupakan bukti barang kes dilupuskan dan dengan pelupsan yang dilakukan sekali gus menolak dakwaan bahawa pihak menjualnya barangan rampasan.

“Selepas ini saya mengharapkan orang ramai tidak akan mempersoalkan semua dadah dirampas itu dibawa ke mana, dijual balik ke?

“Inilah dia proses yang kita buat sekurang-kurangnya dua kali setahun kita akan lupuskan barang kes.

“Itulah SOP (prosedur operasi standard) dalam PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk pastikan barang kes ini akan dilupuskan mengikut standard yang tidak mencemarkan alam sekitar. Stor barang kes juga tidak muat dan kita mahu elakkan berlaku penyelewengan,” ujarnya.

Menurut Kamarul Zaman, jumlah pelupusan pada tahun ini berkurangan berbanding tahun lalu melibatkan 301.54 kg dan 6.42.47 liter pelbagai jenias dadah dianggarkan bernilai RM6.11 juta.

Katanya, bagi tempoh 1 Januari sehingga 20 November lalu, Jabatan Siasatan jenayah Narkotik (JSJN) Johor menahan 15,167 orang atas pelbagai kesalahan dadah dengan rampasan sebanyak 4.65 tan pelbagai jenos dadah.

Katanya, keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM33.77 juta manakala harta benda yang disita pula bernilai RM13.15 juta.

“Polis Johor juga  berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast