Proton S70 yang dilancarkan hari ini. Foto MOHD ADZLAN, 28 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan Proton S70 yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM73,800.

Sedan segmen-C berasaskan Geely Emgrand itu diperkenalkan dengan empat pilihan varian iaitu 1.5T Executive yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM73,800; 1.5T Premium (daripada RM79,800); 1.5T Flagship (daripada RM89,800); dan 1.5T Flagship X (daripada RM94,800).

Proton S70 pasaran Malaysia menerima spesifikasi tertinggi berbanding pasaran Asia Tenggara lain yang lebih awal membawa masuk Geely Emgrand.

Model terbaharu Proton ini menggunakan enjin 1.5 liter turbo dan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT.

Reka bentuk kereta Proton S70 Sedan  berasaskan Geely Emgrand yang dijual dengan harga atas jalan tanpa insurans bermula RM73,800 sehingga RM94,800 pada pelancaran Proton S70 ketika di Axiata Arena, Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 28 NOVEMBER 2023.

Ia dilengkapi dengan enjin 1,477cc turbo DOHC tiga silinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 pada 1,750 hingga 4,000 rpm.

Ia dipadankan dengan kotak gear dual klac tujuh kelajuan bersama mod manual, selain tampil dengan mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport.

Buat pertama kali, Proton menawarkan warna badan baharu Teal Bayou Green bersama enam pilihan yang lain iaitu Snow White; Armour Silver; Space Grey; Passion Red; Marine Blue; dan Quartz Black.

Bahagian belakang Proton S70 Sedan. Foto MOHD ADZLAN, 28 NOVEMBER 2023.

Proton S70 didatangkan dengan 12 sensor merangkumi kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, kamera keliling (360 darjah) dan lima sensor ultrabunyi.

Pelancaran Proton S70 ini disempurnakan oleh  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Axiata Arena Bukit Jalil di sini.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON), Tan Sri Syed Faisal Albar; dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Model Proton terbaharu ini turut mempunyai 13 sistem keselamatan ADAS yang ditawarkan pada dua varian teratas S70 antaranya Brek Kecemasan Autonomi (AEB); Amaran Perlanggaran Depan (FCW); Amaran Perlanggaran Belakang (RCW); Kawalan Kruise Adaptif (ACC) dengan henti & jalan; Kawalan Jelajah Pintar (ICC); Amaran Pelepasan Lorong (LDW); Pencegahan Pelepasan Lorong (LDP); dan Kawalan Tengah Lorong (LCC).

Ia turut dilengkapi dengan Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI); Bantuan Tukar Lorong (LCA); Amaran Trafik Belakang (RCTA); Amaran Buka Pintu (DOW); dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).

Sementara itu, Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan kamera 360 darjah hanya ditawarkan pada dua varian tertinggi.buat pertama kalinya memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR) untuk varian Flagship X. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast