Keffiyeh yang menjadi lambang perjuangan Palestin.

KUALA LUMPUR – Masyarakat Malaysia diajak untuk memakai keffiyeh atau mafla Palestin esok sempena Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memilih 29 November setiap tahun sebagai Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin.

Menurut Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari, gerakan yang dibentuk oleh 52 badan bukan kerajaan termasuk MyAqsa Defenders itu turut melancarkan kempen tanda pagar #PalestinMerdeka.

“Usaha ini selain daripada mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang tetap berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin, ia juga akan memberi mesej yang jelas bahawa Malaysia tidak akan menyokong sama sekali tindakan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Palestin.

“Justeru, Sekretariat Ops Ihsan menyeru agar usaha kempen ini dapat disambut dan diberi perhatian oleh seluruh pimpinan dan rakyat Malaysia bagi mencapai objektif yang telah digariskan,” katanya dalam kenyataan.

#palestinmerdeka yang digunakan bagi menyemarakkan kempen solidariti dengan Palestin.

Kempen tersebut telah dimulakan dengan edaran poster menyeru rakyat Malaysia bersolidariti dengan memakai keffiyeh atau mafla Palestin esok.

Ia disusuli dengan pelancaran gelombang #PalestinMerdeka yang akan dimulakan pada pukul 8 malam ini November 2023 termasuk menukar gambar profail media sosial masing-masing.

Pada hari ke 52 pembantaian dan serangan tentera haram Zionis ke keatas Gaza telah mengakibatkan 15,093 kehilangan nyawa dan lebih 1.7 juta orang kehilangan tempat tinggal.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast