KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen Sabah menuntut Kerajaan Persekutuan menjelaskan  formula pemberian khas sebanyak 40 peratus hasil negeri tersebut.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (UPKO) berkata, isu berkenaan penting dan harus dibahaskan di Dewan Rakyat supaya wakil rakyat berkenaan mendapat menjelasan sekaligus dapat menyampaikannya kepada rakyat.

“Kami Ahli-Ahli  Parlimen Sabah sangat prihatin dan terkejut sebab warta ini sama dengan warta yang telah dibentang pada tahun 1971 iaitu satu warta yang mewartakan kuantum Pemberian Khas  di bawah Artikel Perkara 112(c) ini, dengan itu hak Sabah mendalatkan 40 peratus ditiadakan begitu sahaja, sehinggakan status di Sabah itu dipersoalkan,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin (Gabungan Rakyat Sabah).

Terdahulu katanya, usul supaya isu pemberian khas Sabah itu dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini ditolak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata keputusan itu dibuat kerana susul yang dibentangkan kurang daripada 24 jam.

Namun beliau memberi jaminan berusaha supaya isu tersebut dibahaskan pada persidangan akan datang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (Parti Warisan Sabah) menyifatkan said penagguhan perbahasan isu tersebut merupakan amalan yang tidak munasabah.

Ujarnya, ini kerana ia merupakan perkara yang sensitif untuk Sabah khususnya dan rakyat negeri berkenaan.

“Saya agak kecewa dan saya fikir ia amalan tidak baik kita apabila isu warta kerajaan persekutuan ini  tidak peduli. Kami di sini hanya mahu mempertahankan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah disempurnakan semalam.

Jelasnya, pelaksanaan semakan kadar amaun pemberian khas melalui penyelesaian secara interim itu telah diwartakan.

Menurut beliau, pembayaran berkenaan berdasarkan Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah diwartakan dalam Warta.-  MalaysiaGazette