KUALA LUMPUR – Jangan lepaskan peluang rebut diskaun ‘Flate Rate’ yang ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam Kempen Pembayaran Diskaun yang dijangka berakhir 31 Disember 2023.

Diskaun itu menawarkan bayaran RM10 bagi setiap kesalahan trafik sepanjang tempoh kempen bermula 1 Oktober lalu.

Menurutnya, kadar ‘flat rate’ adalah untuk semua kesalahan trafik kecuali kesalahan di bawah Perintah 2, Perintah Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan pemanduan kenderaan berat pada waktu dan kawasan terlarang, tindakan tunda kenderaan, tindakan ke atas kenderaan buruk atau terbiar.

Selain itu, kesalahan Penyalahgunaan petak letak kereta khas bagi Orang Kurang Upaya (OKU), halangan tempat letak kereta (contoh: kerusi meja diletakkan di tempat letak kereta atau kenderaan berat yang menghalang tempat letak kereta).

Kesalahan berniaga di tempat letak kereta (contoh food truck), membaiki atau mencuci kenderaan di tempat letak kereta dan meletakkan
kenderaan bukan ditempat letak kereta.

Untuk keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat dan penduduk, pihak MBSJ mengalakkan pesalah trafik untuk membuat semakan dan bayaran secara online melalui aplikasi EZYPAY MBSJ.

Lain-lain cara pembayaran adalah seperti berikut:
i. Mesin Pembayaran Kiosk
ii. Ibu Pejabat MBSJ (USJ 5, Subang Jaya)
iii. Pejabat Cawangan Puchong (Pusat Bandar Puteri)
iv. Sistem MPOS (Pembayaran menggunakan kad kreadit/ kad debit kepada anggota
penguatkuasa MBSJ di lapangan). – MalaysiaGazette