KAMPALA – Seorang wanita berusia 70 tahun telah melahirkan anak kembar selepas menerima rawatan persenyawaan in vitro (IVF), kata sebuah hospital di Uganda.
Safina Namukwaya melahirkan anak lelaki dan perempuan melalui pembedahan di sebuah pusat kesuburan.
Namukwaya, yang merupakan antara wanita tertua yang melahirkan anak dan ia adalah satu “keajaiban”.
Sambil mengucapkan tahniah, pihak hospital berkata, kelahiran kembar itu bukan sahaja “kejayaan perubatan tetapi ia adalah kekuatan dan daya tahan semangat manusia”.
Pada 2019, seorang wanita India berusia 73 tahun melahirkan anak kembar selepas menerima rawatan IVF.
“Kami telah mencapai yang luar biasa – melahirkan anak kembar kepada ibu tertua Afrika berusia 70 tahun!,” kata Pusat Kesuburan dan Hospital Antarabangsa Wanita (WHI&FC) menerusi Facebooknya.
Wanita bertuah ini telah melahirkan bayi pada hari Rabu lalu.
“Ibu dan bayi semuanya sihat,” menurut WHI&FC.
Namukwaya memberitahu akhbar Daily Monitor Uganda, dia melalui proses kehamilan yang sukar kerana pasangannya meninggalkannya selepas mendapat tahu dia mengandung anak kembar.
“Lelaki tidak suka diberitahu awak mengandung lebih daripada seorang. Sejak saya dimasukkan ke sini, dia saya tidak pernah muncul,” katanya.
Ini adalah kelahiran kedua Namukwaya dalam tempoh tiga tahun selepas melahirkan seorang bayi perempuan pada tahun 2020.
Namukwaya berkata, dia ingin mempunyai anak selepas dia diejek kerana tidak mempunyai anak.
“Saya menjaga anak orang dan melihat mereka membesar dan meninggalkan saya sendirian. Saya tertanya-tanya siapa yang akan menjaga saya apabila saya sudah tua,” tambahnya. – Agensi