Beberapa ekor ayam belanda melintasi jalan raya yang lengang berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 13 JANUARI 2021.

KUANTAN – Bekalan ayam belanda yang menjadi hidangan utama ketika sambutan Hari Natal tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, isu kekurangan bekalan timbul sejak Amerika Syarikat melarang pengimportan  pada tahun 2021.

“Ada larangan import di sana kerana ayam belanda terkena jangkitan selesema burung. Jadi ia tidak boleh dibawa masuk, sebab itu kita ada masalah sikit dengan bekalan.

“Tapi, untuk makluman, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ada memohon untuk import ayam belanda daripada Turkiye. Cuma belum dapat bawa masuk,” katanya.

Fuziah Salleh

Beliau berkata demikian menjawab soalan diajukan pemberita berkaitan aduan kekurangan bekalan ayam belanda di sekitar ibu negara.

Mengulas lanjut, Fuziah memberitahu, terdapat ladang ayam belanda yang terletak di Perak, namun hanya mampu mengeluarkan hasil sehingga kira-kira 1,000 ekor sahaja. – MalaysiaGazette