Restoran Selera patin Pahang kini dibuka di Chow Kit, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Itu pegangan Muhammad Shahriezan Kamarulzaman, 24, seorang pemegang Diploma Sains Pentadbiran Awam dari Univerisit Teknologi Mara (UiTM) yang kini Pengurus Restoran Patin Pahang di Chow Kit di sini.

Ketika ditemuiĀ  baru-baru ini, Shahriezan memilih untuk berniaga masakan ikan patin kerana yakin ia mampu mendapat sambutan khususnya daripada warga kota.

Muhammad Shahriezan Kamarulzaman

 

Katanya, ikan patin merupakan sejenis makanan yang unik lebih-lebih lagi hidangan masakan ikan sungai itu berbeza di restorannya berbanding tempat lain kerana ramuan asam tempoyak.

“Saya memang minat berniaga sebab saya pernah tolong mak cik saya sejak berumur 16 tahun hinggalah ke hari ini. Daripada situ dah terbiasa kerana mak cik saya didik dari awal.

“Lagi pun keluarga saya pula ramai yang berbiaga kedai makan. Jadi saya cuba untuk buat yang terbaik.

“Masakan ikan patin yang saya usahakan ini ramuannya belum pernah ada ditemui di tempat lain dan rasanya agak berbeza tidak sama seperti tempoyak ikan patin biasa,” katanya apabila ditanya mengapa beliau memilih bidang berkenaan berbanding berkerja bidang dipelajarinya.

Shahriezan berkata, masakan ikan patinĀ  di Restoran Selera Patin Pahang menggunakan ikan patin sangkar yang diperoleh dari Temerloh, Pahang.

Malah bukan sahaja ikan patin sebaliknya, banyak lagi menu-menu lain yang turut ada dijual di restorannya.

Katanya, harga makanan yang ditawarkan di restorannya juga sesuai pada kadaran harga semasa dan ia sudah pastinya mampu membuatkan semua pengunjung yang datang pulang dengan kepuasan.

Tambahnya, sebagai langkah promosi, dia akan menggunakan media sosial untuk membuat pemakluman berkenaan perniagaannya.

Shahriezan membuka restoran Selera Patin Pahang yang terletak di Chow Kit bersebelahan Hotel 28 di tengah-tengah ibu kota dan sesiapa berminat boleh menghubungi talian 017 500 4878 dan 017 500 4878 untuk keterangan lanjut. -. – MalaysiaGazette