ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

KUALA LUMPUR- Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak Oktober lalu ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun itu  ditemui selamat di rumah jirannya di flat sama di Desa Mentari, semalam.

Katanya, Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid ditemui di rumah seorang warga emas di salah satu blok flat tersebut.

“Dia ditemui dalam keadaan selamat. Difahamkan kanak-kanak ini selalu keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

“Siasatan polis mendapati kanak-kanak ini suka keluar rumah menyebabkan ibu bapanya lewat membuat laporan polis iaitu pada 24 November lalu meskipun tidak balik ke rumah sejak 26 Oktober,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mohamad Fakhrudin meminta kerjasama oranv ramai untuk mengesan kanak-kanak terbabit yang dilaporkan hilang sejak 26 Oktober lalu.

Katanya, kali terakhir kanak-kanak lelaki itu dilihat berada di rumahnya di Desa Mentari pada jam 1.30 petang sebelum hilang.- MalaysiaGazette

Lebih sebulan Muhammad Khairul Ikhwan hilang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast