ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan daripada individu saksi, keluarga dan jiran kepada kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia di kawasan anak sungai di Damansara Damai  dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, buat masa ini, kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

“Proses bedah siasat juga dijalankan di Hospital Sungai Buloh bermula 9.30 pagi hari ini dan kita akan menunggu keputusan autopsi itu untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

“Sementara, polis juga akan mengambil keterangan daripada saksi-saksi kejadian, ahli keluarga dan jiran untuk membantu siasatan lanjut kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, lebih 40 pegawai dan anggota polis Petaling Jaya diketuai Mohamad Fakhrudin sendiri terlibat dalam misi pencarian kanak-kanak itu bermula pukul 9 malam tadi.

Ia turut disertai oleh sebilangan besar penduduk Apartmen Idaman di situ sebelum mayat mangsa telah ditemui dalam keadaan terbaring di tebing sungai dalam belukar kira-kira 200 meter dari lokasi asal kehilangannya.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 12.30 tengahari kelmarin. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis temui mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast