Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mencadangkan perdana menteri melantik seorang Menteri Kewangan II (MKII) untuk membantu beliau mengukuhkan ekonomi negara dan melaksanakan pelan transformasi ekonomi.

Presidennya, Datuk William Ng berkata, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarisi keadaan fiskal yang cukup mencabar, dengan hutang negara mencecah RM1.5 trillion.

Oleh itu, seorang MKII dapat meringankan beban beliau, kerana portfolio kewangan ini adalah antara yang paling intensif dan memerlukan perhatian sepanjang masa.

Calon MKII perlu mempunyai pemahaman mendalam mengenai isu-isu kewangan dan ekonomi, serta mendapat kepercayaan sektor swasta.

Malah, calon MKII juga perlu dilihat sebagai bersih dan tanpa sebarang kes mahkamah, diterima oleh parti-parti kerajaan perpaduan, dan dapat bekerjasama dengan pejawat awam dan juga sektor swasta.

Mengambil kira keadaan ekonomi yang sangat mencabar, negara ini memerlukan pendekatan ‘keseluruhan masyarakat’ untuk mencapai aspirasi Ekonomi Madani

“Perdana Menteri juga boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk anggota baharu ke dalam Jemaah Menteri, untuk melengkapkan pasukan beliau dan pada masa yang sama, tidak terikat dengan kepentingan politik semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ng berpendapata, tiga calon yang dapat memenuhi kriteria yang dicadangkan di atas ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurut beliau, sebagai naib presiden UMNO, mantan Menteri Kewangan II, dan ahli
perniagaan berpengalaman, Johari mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk
tanggungjawab tersebut.

Calon kedua yang dapat memenuhi kriteria yang dicadangkan adalah mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Professor Dr Ong Kian Ming.

Sebagai Timbalan Menteri di MITI, beliau telah membina hubungan kerja yang kukuh dengan sektor swasta dan pelabur asing, dan faham selok-belok serta jalinan antara dasar kewangan dan pertumbuhan ekonomi serta perniagaan.

Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan dan memahami cara kerja dalaman kementerian tersebut, selain antara pemimpin yang mempunyai keupayaan intelek untuk inovasi dasar dan idea baharu.

Calon ketiga yang kami fikir sesuai dengan peranan ini adalah Tan Sri Abdul Wahid Omar, mantan Menteri Kewangan dan pengerusi Bursa Malaysia.

Ujar beliau, Abdul Wahid dihormati dan disenangi oleh sektor swasta, mempunyai pengetahuan teknikal dan pengalaman untuk berkhidmat sebagai MKII, serta dapat bekerja dengan baik dengan pihak berkepentingan
yang lain.

Ng berkata, sebagai persatuan PKS tertua dan terbesar di Malaysia, Samenta akan terus menyokong usaha kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi negara, dan meningkatkan produktiviti dan keupayaan PKS negara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MK masih siok sendiri walhal pemain industri dah mula gelabah. 2024 yg dijangka lebih parah ekonomi dunia, hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Susah la kalau MK aka PMX masih bermimpi dia la MK terhebat di Asia Tenggara.. hahaha

Comments are closed.