Ahmad Maslan melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut hari ini.

PONTIAN – Kementerian Kewangan akan memperhalusi rayuan pengguna yang kredit e-dompet eMadani yang ditolak permohonannya.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, rayuan itu bagaimanapun akan diberi keutamaan kepada pemohon yang layak.

Pengumuman mengenai rayuan eMadani akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu rayuan berkenaan akan mengutamakan kelompok penerima yang layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Tujuan eMadani ialah untuk memperkembangkan kaedah e-dompet bagi ekonomi digital diamalkan. Selain membantu rakyat, ia juga membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat.

“Pada Rabu lepas, Kementerian Kewangan adakan masyuarat berhubung eMadani yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri saya dan Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Pengumuman seterusnya akan kami maklumkan sedikit masa sahaja lagi ,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut hari ini.

Ahmad berkata, kementerian sentiasa mendengar keluhan dan pandangan rakyat sebahagian yang mendakwa eMadani sukar dimohon.

“Dalam senarai STR, kami terdapat seramai 8.7 juta penerima. Ada penerima STR ini yang tidak dapat memohon eMadani, mereka adalah kumpulan utama yang akan kita pertimbang rayuannya,” katanya.

“Ada di antara yang menerima eMadani ini tidak menerima STR. Bagaimanapun kita akan utamakan mereka yang dapat STR untuk turut sama menerima eMadani,” katanya.

Terdahulu, pelbagai respon positif dan juga negatif oleh orang ramai mengenai permohonan eMadani bernilai RM100 yang mula boleh dimohon sejak 4 Disember lalu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast