PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

TANAH MERAH – Polis menahan seorang penganggur bersama 1,800 biji pil yaba di depan sebuah rumah di Kampung Bukit Kecik, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Mohd Haki Hasbullah berkata, lelaki berumur 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Panau selepas mendapat maklumat awam kira-kira 5.15 petang.

“Ketika serbuan suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan. Pemeriksaan lanjut terhadap tubuh suspek menemukan 1,800 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM19,800,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki enam rekod lampau berkaitan dadah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Dis bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Bernama