Pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Lokan, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

KEPALA BATAS – Dua guru maut manakala seorang terselamat dalam nahas membabitkan dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Sungai Lokan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, mangsa, Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32 dan Muhammad Fakhrie Rodzi Fauzi, 31, menaiki kereta jenis Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala pemandu kereta jenis BMW, Teoh Joo Leong, 46, pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Pegawai Bomba Kanan II Nazril Syazwan Khalil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.41 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba kita dapati berlaku kemalangan membabitkan dua buah kereta dan tiga mangsa terlibat dalam nahas itu.

“Berdasarkan siasatan awal berlaku pelanggaran secara bertentangan antara pemandu Myvi yang dalam perjalanan menghala Sungai Lokan manakala pemandu BMW menghala Kepala Batas.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan pemandu Myvi tersepit di tempat duduk manakala penumpangnya terpelanting dari kerusi penumpang hadapan ke tempat duduk penumpang belakang,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Pihak bomba sedang melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit.

Tambah Nazril Syazwan, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kita berdepan sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa tersepit kerana keadaan kereta senget selain tebing jalan raya itu tinggi.

“Kedua-dua mangsa dalam kereta Myvi itu dikeluarkan pihak bomba sebelum pegawai perubatan mengesahkan mereka meninggal dunia.

Mayat dua mangsa nahas itu dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Kes dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bila k’jaan nk pantau masalah pemandu mabuk nih?Gubal semula undang2 supaya stimpal dgn kesalahan dilakukn pemandu mabuk spt gantung lesen seumur hidup.Penjualan arak dipantau, eg kadai runcit spt 7eleven dh bleh jual arak semula slepas undang2 lama xbenarkn jual arak ditarik balik.

Comments are closed.