Foto: Malaysian Meteorological Department (Facebook).

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pukul 3.45 petang menyatakan negeri terbabit ialah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan)

Selain itu, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat), Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur serta Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian) turut dijangka situasi yang sama.

Di Sarawak pula, ia merangkumi Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang) manakala Sabah meliputi Sandakan (Kinabatangan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast